Oleh Lutfi Zahid
6 Mei 2021, 15:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Shah Alam –  Sebagai usaha memartabatkan pendidikan muzik tempatan, Fakulti Muzik, Universiti Teknologi MARA dan Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia bakal menganjurkan Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia (MusEd’21) pada 20 hingga 22 Ogos 2021. Persidangan yang akan diadakan secara dalam talian itu merupakan platform terbaik bagi para pendidik muzik, penyelidik, pentadbir, pelajar, pemuzik, dan pengamal industri untuk membincangkan idea, penemuan, inovasi dan amalan terbaik berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran muzik.

Menurut Profesor Madya Dr. Ramona Mohd Tahir, Pengerusi MusEd’21, persidangan ini diadakan untuk mengetengahkan idea inovatif, karya muzik terkini atau konsep yang dapat memberikan manfaat kepada bidang pendidikan muzik. Oleh hal yang demikian, para pengamal bidang pendidikan muzik, seperti guru muzik sekolah rendah dan menengah, guru muzik swasta, pentadbir, pelajar, pensyarah, penyelidik tempatan dan antarabangsa, amat digalakkan untuk turut serta dalam persidangan ini.

“Antara manfaat yang bakal diperoleh peserta persidangan ini termasuklah peluang menjalinkan hubungan dan jaringan, bukan sahaja dengan para pendidik muzik tempatan, bahkan dari seluruh dunia,” kata Profesor Madya Dr. Ramona.

Persidangan yang dianjurkan ini selama dua hari ini bertujuan untuk mendapatkan pengiktirafan dan sokongan umum terhadap muzik sebagai suatu bidang ilmu yang perlu diketahui, mempromosikan faedah dan kelebihan muzik, serta pendidikan seni muzik, seterusnya meraih sokongan terhadap pendidikan seni muzik ke arah meningkatkan tahap apresiasi muzik umum.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.