31 Mei 2021, 09:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kerajaan Sabah telah melancarkan Kaamatan TV sebagai platform bagi menyambut Pesta Kaamatan pada tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jeffrey Kitingan berkata bahawa beberapa aktiviti sepanjang pesta itu akan disiarkan secara digital melalui laman sosial dan kerjasama kerajaan negeri dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro.

Tambahnya lagi, Kaamatan TV itu dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Publisiti Pesta Kaamatan Sabah berdasarkan tema pesta Kamaatan tahun ini iaitu Kaamatan Tanpa Sempadan. Antara pengisian yang terdapat dalam Kaamatan TV ialah program “Sabah Top Influencer”, majlis anugerah bagi menghargai bakat dan personaliti Sabah yang banyak menyumbang kepada negeri Sabah. Selain itu, Kaamatan TV juga akan menyiarkan program yang mengetengahkan informasi pendidikan sosio budaya dan tradisi masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungus.

Persiapan menyambut Pesta Kaamatan berjalan dengan lancar walaupun terdapat kekangan akibat penularan COVID-19. Pihak kerajaan Sabah berharap agar masyarakat di Sabah dapat mematuhi SOP dan memanfaatkan penggunaan laman sosial ketika menyambut Pesta Kaamatan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.