4 Jun 2021, 01:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) telah menganjurkan program Siri Syarahan ATMA yang telah diadakan pada 27 Mac 2021.  Tajuk siri syarahan pada kali ini ialah “Epistemologi Linguistik dalam Konteks Falsafah dan Pemikiran Alam Melayu”. Program tersebut diadakan secara atas talian di Zoom.

Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang epistemologi linguistik dalam konteks falsafah dan pemikiran alam Melayu. Program tersebut menampilkan seorang ahli panel iaitu Profesor Datuk Seri Dr. Awang Sariyan yang juga merupakan Pengarah ATMA. Program itu disertai oleh ahli akademik dari dalam dan luar negara.

Pada peringkat pertama perbincangan, Profesor Datuk Seri Dr. Awang Sariyan menerangkan tentang asal usul epistemologi linguistik bahasa Melayu khususnya di Nusantara. Beliau menyatakan bahawa masyarakat kini tidak lagi mengambil berat tentang penggunaan bahasa Melayu secara tepat kerana mereka tidak menguasai tatabahasa bahasa Melayu. Masyarakat kini perlu mengambil tahu tentang sejarah bangsa supaya jati diri dapat dimantapkan.

Beliau juga menyatakan bahawa bahasa merupakan identiti sesebuah bangsa. Jika sesebuah bangsa memartabatkan bahasa ibunda, maka bangsa itu akan menjadi maju dan mempunyai daya saing yang tinggi. Selain itu, bahasa juga merupakan wadah atau medium yang sangat penting bagi memastikan warisan kebudayaan sesebuah bangsa terus kekal. Hal ini demikian kerana kebudayaan warisan yang diperturunkan kepada generasi seterusnya dilakukan melalui medium lisan dan tulisan.

Program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat. Semoga program seperti ini dapat diteruskan oleh ATMA untuk memberikan pendedahan dan ilmu kepada masyarakat.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!