24 Jun 2021, 22:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sektor seni merupakan antara sektor yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan anak seni semakin terhimpit dengan tekanan kos sara hidup. Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) memohon kepada pihak kerajaan supaya membenarkan sektor seni dan kreatif beroperasi dalam tempoh pelaksanaan PKP 3.0.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan menyatakan bahawa langkah itu bertujuan untuk memastikan kelangsungan ekonomi dan kemandirian anak seni yang sangat terkesan dengan COVID-19. Tambah beliau lagi, industri ini sememangnya perlu berwaspada agar tidak dijangkiti dengan COVID-19 tetapi tidak semestinya tidak dibenarkan beroperasi. Hal ini demikian kerana sekiranya semua pemain industri mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh kerajaan, maka kegiatan seni boleh dijalankan dengan baik.

Beliau juga menyatakan bahawa pihak kerajaan atau Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) perlu mengeluarkan SOP yang jelas agar anak seni boleh menjalankan semula kegiatan seni dan menjana ekonomi mereka dalam waktu yang mencabar ini. Beliau memohon kepada pihak kerajaan agar mempertimbangkan pemberian vaksin kepada anak seni agar mereka boleh menjalankan aktiviti seni dengan lancar.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.