31 Ogos 2021, 12:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur Malaysia amat bertuah kerana dikurniakan dengan keindahan bentuk muka bumi dan kepelbagaian kaum yang hidup dengan harmoni. Bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-64, Helen Chua telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan diorama berunsurkan kemerdekaan. Koleksi diorama tersebut menunjukkan suasana keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum menyambut hari kemerdekaan.

Koleksi patung doh tersebut dipadankan dengan pakaian tradisi masing-masing sambil memegang bendera Malaysia. Patung doh diorama tersebut dihasilkan dengan menggunakan campuran tanah liat. Setelah patung doh tersebut siap terbentuk, artis seni akan melukis dan mewarnakan patung tersebut supaya pengunjung dapat melihat dengan lebih dekat. Tempoh masa yang diambil untuk menghasilkan satu-satu patung doh ini mengambil masa selama sebulan. Sebelum penghasilan patung doh tersebut, mereka akan membuat kajian terlebih dahulu untuk memastikan diorama yang dihasilkan menepati ciri-ciri etnik tersebut. Penghasilan patung doh tersebut memerlukan daya kreativiti yang tinggi daripada artis untuk memastikan patung doh yang dihasilkan mempunyai perincian yang tepat.

Helen Chua menyatakan bahawa diorama tersebut dihasilkan bertujuan untuk menggambarkan keharmonian masyarakat majmuk Malaysia khususnya kepada masyarakat awam dan pelancong luar negara. Beliau menambah bahawa Malaysia merupakan negara yang bertuah kerana masyarakat majmuknya dapat hidup secara harmoni dan sentiasa bersatu padu tanpa mengira etnik. Oleh itu, beliau berharap agar masyarakat dan pelancong luar dapat mengenali dengan lebih dekat tentang kebudayaan dan cara hidup etnik di Malaysia.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.