12 Oktober 2021, 13:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur Fakultas Hukum Universitas Riau telah menganjurkan webinar yang diadakan pada 12 Oktober 2021. Tajuk program ini ialah “Tak Kan Melayu Hilang di Bumi di Tengah Pandemik COVID-19”. Program tersebut diadakan secara atas talian zoom meeting dan Youtube. Dr. Hengki Firmanda bertindak selaku moderator dalam program tersebut.

Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat tentang keunikan kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu di Kepulauan Nusantara. Program tersebut menampilkan  tiga orang ahli panel iaitu Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar, Prof. H. Suwardi M. Samin dan Datuk Seri Al Azhar. Program itu disertai oleh ahli akademik dari dalam dan luar negara.

Perbincangan itu membincangkan tentang sejarah kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu di Kepulauan Nusantara. Masyarakat Melayu terkenal dengan adat dan kesopanan yang tinggi sehingga mendapat pengiktirafan daripada peringkat antarabangsa. Antara kebudayaan masyarakat Melayu yang unik ialah pantun, nazam, tarian dondang sayang, kuda kepang dan lain-lain lagi.

Selain itu, kepelbagaian kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu telah menjadi faktor tarikan utama untuk menarik kedatangan pelancong. Keadaan ini boleh menjana ekonomi dan meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat. Namun begitu, pandemik COVID-19 telah memberikan kesan pada skala global. Walaupun pandemik melanda dunia, kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu terus utuh diamalkan dan bertahan dalam arus perdana.

Program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat. Semoga program seperti ini dapat diteruskan untuk memberikan pendedahan dan ilmu kepada masyarakat.

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi