26 Oktober 2021, 15:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Majlis Pesona Kraf Malaysia yang diadakan pada 26 Oktober 2021. Majlis itu diadakan bersempena dengan pembukaan semula kompleks kraf Kuala Lumpur dan peruncit Karyaneka. Program tersebut diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk memberikan maklumat kepada masyarakat tentang pembukaan semula kompleks dan mengajak orang ramai memberikan sokongan kepada produk kraf tempatan. Program tersebut dirasmikan oleh Rubiah Awang yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau berharap program ini dapat merancakkan  kembali industri kraf tangan negara pasca COVID-19 dan percaya pelaksanaan program ini juga seiring dengan perancangan strategik dalam Pelan Pemulihan Pelancongan MOTAC bagi memperluas aspek promosi untuk menarik minat pelancong mengunjungi Malaysia apabila pintu sempadan dibuka kelak. Beliau menyatakan bahawa produk kraf tempatan mempunyai potensi besar dalam pasaran dalam dan luar negara kerana kraf tempatan mendapat permintaan yang memberangsangkan daripada masyarakat. Hal ini demikian kerana produk kraf tempatan mempunyai ciri-ciri keunikan dan nilai estetika yang tersendiri. Industri kraf tangan juga memberikan sumbangan yang signifikan kerana industri ini merupakan industri hiliran sektor pelancongan.

Beliau berharap agar program ini dapat menjadi batu loncatan bagi memeriahkan semula industri kraf tempatan yang suram susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyebabkan jualan kraf merosot. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sentiasa bersedia dan berbesar hati untuk membantu pengusaha kraf tempatan bagi mempromosikan, memberikan latihan, memberikan dana bantuan dan sebagainya supaya produkt kraf tempatan dapat menembusi pasaran yang lebih luas dalam negara dan antarabangsa.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.