23 November 2021, 23:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Jika dahulu, Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis ialah sebuah perkampungan nelayan tradisional, namun kini berubah menjadi perkampungan warna-warni yang indah selepas pelaksanaan Projek Diraja Program Transformasi Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis yang dikemudikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dan Yayasan Tuanku Syed Putra, Perlis dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta sejak Disember 2020.

Terdapat tujuh buah kampung yang berada di kawasan Kampung Seberang Ramai, iaitu Kampung Tengah, Kampung Hujung Tanjung, Kampung Tandiap, Kampung Baru Seberang, Kampung Seberang Alor, Kampung Seberang Jaya dan Kampung Pulau Ketam.

Ilham transformasi yang dicetuskan oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis bersama-sama Yang Amat Mulia (YAM) Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, anakanda puteri sulung baginda telah membawa perubahan yang besar kepada masyarakat di kawasan Kampung Seberang Ramai.

Yang berikut dipaparkan foto dan video yang disediakan oleh editor Dewan Budaya dan jurufoto, Hanafi Mohd Yusof.

Antara papan tanda yang terdapat di Kampung Seberang Ramai.

 

Paparan maklumat berkaitan dengan Projek Diraja Program Transformasi Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis.

 

Kreativiti penduduk Kampung Seberang Ramai dalam menceriakan kawasan masing-masing.

 

Penduduk kampung menghias halaman rumah menggunakan barangan terpakai.

 

Antara tema warna yang digunakan untuk mencantikkan rumah ialah warna bendera Perlis, iaitu kuning dan biru.

 

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi