26 November 2021, 20:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bagi pencinta makanan khususnya di Malaysia, Pulau Pinang begitu sinonim sebagai satu daripada destinasi persinggahan untuk pengunjung menikmati pelbagai rasa makanan yang menjadi keistimewaan pulau tersebut.

Apa tidaknya, Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang dihasilkan berasaskan rempah, terutamanya kuah nasi kandar dan ais cendol yang menjadi pemanis mulut dan penghilang rasa haus. Antara makanan yang paling popular semestinya nasi kandar dengan kuah kari yang pekat, rojak pasembor, sotong kangkung dan ais kepal.

Disebabkan oleh keaslian, keunikan dan variasi makanan yang terdapat di negeri ini, tidak hairanlah jika Pulau Pinang digelar sebagai “syurga makanan” dan menjadi destinasi pilihan rata-rata pengunjung yang gemar melakukan aktiviti pencarian serta mencuba berbagai-bagai menu makanan baharu.

Ruangan “Kembara” pada kali ini akan menyajikan pembaca dengan foto pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati di Pulau Pinang.

1. Nasi Kandar

Foto: Shahril Rizal Md Madar Sahib dan Nurul Julia Alani

2. Rojak Pasembor

Foto: Siti Noorisa Abdul Khlil dan Shahril Rizal Md Madar Sahib

3. Mi Goreng Mamak

Foto: Shahril Rizal Md Madar Sahib

4. Char Kuetiau

Foto: Siti Noorisa Abdul Khlil

5. Kacang Masala

Foto: Shahril Rizal Md Madar Sahib

6. Jeruk Buah

7. Ais Sarbat atau Ais Tingkap

Foto: Shahril Rizal Md Madar Sahib

8. Ais Cendol

Foto: Siti Noorisa Abdul Khlil
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.