Oleh Al Yassin
6 Disember 2021, 22:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur ‒ Inisiatif Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia), agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang menganjurkan program Komuniti Kraf Keluarga Malaysia (KKKM) bermula pada 1 Disember 2021 lalu dan berakhir pada hari ini merancakkan industri kraf negara pascapandemik COVID-19.

Pelaksanaan KKKM 2021 antara lain bertujuan untuk membolehkan industri kraf tempatan kembali bangkit dan melonjakkan semula industri melalui strategi yang lebih mantap selepas melalui fasa sukar akibat penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

Menurut Kraftangan Malaysia, “Konsep penganjuran KKKM 2021 berdasarkan aspirasi kerajaan menerusi tiga teras utama Keluarga Malaysia, iaitu untuk bekerja secara bersama-sama dalam memulihkan negara daripada masalah dan kesan pandemik COVID-19.”

Tiga teras tersebut ialah keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

Sepanjang enam hari pelaksanaan KKKM di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay, pelbagai pengisian menarik telah dijalankan, antaranya Demonstrasi Pembuatan Produk Kraf Komuniti, Jualan Produk Komuniti, Seminar Kraf, Pameran MyCraftShoppe dan Webinar Antarabangsa.

Demonstrasi Pembuatan Produk Kraf Komuniti.

KKKM 2021 mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung dan menerima penyertaan sebanyak lebih daripada 300 usahawan dan komuniti kraf.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.