Oleh Nurul Amaninna
9 Disember 2021, 11:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Istana Budaya telah menganjurkan konsert mini Asia Traditional Orchestra (ATO) di Lambang Sari, Istana Budaya, semalam.

Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Dr. Santhara J.P.  bersama-sama Duta Besar Republik Korea di Malaysia, TYT Lee Chi Beom.

Menerusi hantaran di Facebook, MOTAC memaklumkan, “ATO merupakan program kerjasama kebudayaan bidang muzik antara negara ASEAN dengan Republik Korea.”

“Penganjuran persembahan muzikal ini merupakan usaha pihak MOTAC bagi memperkukuh kerjasama strategik serta meningkatkan hubungan dua hala dalam bidang kebudayaan antara Malaysia dengan Republik Korea,” tambah MOTAC.

Hal ini selaras dengan Perjanjian Persefahaman (MoU) Kebudayaan yang telah ditandatangani oleh kedua-dua buah negara pada tahun 2020.

Sumber: Facebook rasmi MOTAC.

Konsert mini ini dipersembahkan oleh Orkestra Tradisional Malaysia.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha MOTAC, YBhg. Datuk Wira Dr. Noor Zari Hamat, Duta-duta Negara ASEAN serta pengurusan tertinggi, jabatan dan agensi MOTAC.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!