Oleh Nur Suria
11 Disember 2021, 22:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur ‒ Pameran fotografi tahunan yang dinanti-nantikan khususnya oleh penggemar fotografi menerusi Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF) 2021 yang diadakan bermula 10 hingga 13 Disember 2021 di Viva Shopping Mall pada tahun ini menyaksikan penyertaan agensi pelancongan, Tourism Selangor.

Menerusi penglibatan Tourism Selangor dalam KLPF 2021, agensi ini sekali lagi menjalinkan kerjasama bersama-sama pihak penganjur, PCP Publication seperti pada tahun sebelumnya.

Selain itu, pihak Tourism Selangor turut bekerjasama dengan pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), iaitu Majlis Perbandaran Kuala Langat bagi memperkenalkan produk pelancongan setempat kepada masyarakat tempatan serta jurugambar.

Menurut Tourism Selangor, “Inisiatif ini merupakan satu daripada aktiviti promosi pelancongan domestik di Selangor di samping merancakkan kembali industri pelancongan dalam era kebiasaan baharu dan norma baharu sepanjang tahun 2021.”

KLPF 2021 kembali pada tahun ini secara fizikal dan juga secara dalam talian sebagai platform bagi pihak penganjur untuk memberikan peluang kepada para jurugambar profesional tempatan bagi mempromosikan destinasi pelancongan Selangor dalam kalangan jurugambar serta orang awam.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.