17 Disember 2021, 23:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Jakarta – Tourism Malaysia melakar sejarah yang tersendiri apabila sekali lagi menerima anugerah berprestij National Organisation of the Year di Anugerah Kembara dan Pelancongan Indonesia (ITTA) ke-12 anjuran Yayasan ITTA semalam.

Anugerah ini merupakan kejayaan kali kedua berturut-turut Tourism Malaysia selepas berjaya merangkul anugerah yang sama pada tahun lepas (2019/2020).

Barisan penerima Anugerah Kembara dan Pelancongan Indonesia (ITTA).
Sumber foto: Laman web rasmi Tourism Malaysia.

Program tahunan yang dianjurkan oleh yayasan ITTA ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan atas kejayaan dan kecemerlangan dalam industri pelancongan baik di luar mahupun dalam negara.

Anugerah ini disampaikan oleh Pengasas Yayasan ITTA, Panca Rudolf Sarungu kepada Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Jakarta, Haryanty Abu Bakar di pejabat pelancongan luar negara di Jakarta.

Sumber foto: Laman web rasmi Tourism Malaysia.

Pengiktirafan dan kejayaan diberikan kepada Tourism Malaysia atas usaha aktif agensi ini dalam mempromosikan pelancongan dua hala antara Indonesia dengan Malaysia.

Kejayaan ini telah memberikan suntikan semangat untuk agensi ini bagi menggiatkan lagi promosi pelancongan Malaysia.

Agensi ini menyasarkan lebih 200 orang pelancong Indonesia yang akan menyertai program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi hingga awal Januari 2022 bersempena dengan cuti perayaan Krismas dan tahun baharu yang semakin hampir.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.