Oleh Al Yassin
23 Disember 2021, 15:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kundasang – Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah menganjurkan Program Jejak [email protected] 2021 bertempat di Pentas Budaya, Pekan Kundasang, Ranau, hari ini.

Menurut MOTAC, “Program yang mendapat kerjasama dari Pejabat Daerah Ranau dan agensi di bawah MOTAC ini merupakan program sentuhan komuniti bertujuan untuk memupuk semangat Keluarga Malaysia dalam kalangan penggiat seni dan usahawan budaya Sabah.”

Program ini juga antara lainnya bertujuan untuk mempromosikan seni budaya Sabah khususnya di Kundasang.

Antara pengisian menarik program sehari Jejak [email protected] ialah Persembahan Khas “Konsert Orkestra Muzik Bamboo dan [email protected]”, Demonstrasi dan jualan produk seni budaya tempatan, Program Komuniti: Bengkel Muzik Bamboo dan Kulintangan serta Program Komuniti: Pertandingan Memasak Berasaskan Sayuran dan Ukiran Buah.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ SRi Nancy Shukri merasmikan Program Jejak [email protected] 2021.  (Sumber foto: Facebook rasmi MOTAC).

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Yang Berhormat (YB) Dato’ Sri Nancy Shukri dalam ucapan perasmiannya berkata, “Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk menyemarakkan semula aktiviti seni budaya dengan memaparkan kepelbagaian produk seni budaya setempat yang mampu meningkatkan dan memacu semula ekonomi negara.”

“Program Jejak [email protected] memperlihatkan pelbagai aktiviti seni dan budaya berbentuk persembahan, pertandingan, demonstrasi dan bengkel muzik Bersama-sama komuniti setempat dan pemberian sumbangan kepada persatuan dan penggiat seni budaya tempatan. Setiap aktiviti yang diadakan dapat memberikan manfaat kepada komuniti, penggiat seni dan usahawan seni budaya tempatan dari segi pendapatan dan pembangunan produk,” jelas MOTAC dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Pada majlis yang sama, YB Dato’ Sri Nancy turut menyampaikan sumbangan kepada penggiat seni budaya setempat yang yang terjejas akibat daripada pandemik COVID-19. Insentif seni berbentuk dana berjumlah RM5000, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM40 ribu diberikan kepada penerima yang terdiri daripada tujuh persatuan dan satu galeri daripada kumpulan penggiat seni budaya di Kundasang dengan tujuan membangunkan kembali aktiviti produk seni.

Sumber foto: Facebook rasmi MOTAC.

Jelas YB Dato’ Sri Nancy, “Insentif ini diharap sedikit banyak dapat membantu penerima untuk bangkit semula bagi menjalankan aktiviti seni budaya seperti menambah baik peralatan muzik, busana tradisional dan sebagainya. Kita memahami bahawa ramai penggiat seni budaya yang terkesan akibat pandemik COVID-19.”

Dalam program tersebut, YB Dato’ Sri Nancy turut melancarkan Homestay baharu di Kundasang, iaitu Homestay Kampung Stay di bawah pengurusan Walai Tokou Homestay.

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!