21 Januari 2022, 08:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kemboja – Sebanyak 14 perniagaan dan pihak berkepentingan pelancongan di Malaysia telah mendapat pengiktirafan dan penganugerahan dalam Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2022.

Sumber foto: Facebook rasmi MOTAC.

Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2022 yang diadakan di Preah Sihanoukville, Kemboja dari 16 hingga 22 Januari 2022 ini adalah untuk mengiktiraf dan memberikan penghormatan kepada perniagaan dan destinasi pelancongan ASEAN yang cemerlang, dengan mematuhi Standard Pelancongan ASEAN.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan pada 20 Januari 2022 menyatakan, pengiktirafan tersebut melibatkan empat kategori, iaitu Anugerah Hotel Hijau ASEAN, Anugerah Bandar Pelancongan Bersih ASEAN, Anugerah Venue MICE (Bilik Mesyuarat) dan Anugerah Pelancongan Lestari ASEAN.

Selain itu, MOTAC juga menyatakan, sepuluh negara anggota ASEAN berpendapat bahawa keseragaman dalam perkhidmatan pelancongan sangat penting bagi memastikan mutu dicapai serta meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan pelancongan.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!