Oleh Syaza Wardina
25 Januari 2022, 22:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Ayer Keroh ‒  Pandemik COVID-19 yang melanda negara sedikit banyak telah merencatkan perkembangan sektor pelancongan di negara ini. Dengan pembukaan semula industri ini pada tahun lalu, setiap pemain industri pelancongan domestik berlumba-lumba membangkitkan kembali perusahaan masing-masing dan berusaha menjadi satu daripada destinasi pilihan pengunjung. Zoo Melaka dan Safari Malam (Melaka Zoo and Night Safari) turut tidak terkecuali dalam hal ini.

Zoo Melaka dan Safari Malam atau nama asalnya, Zoo Melaka ditubuhkan pada tahun 1963 dan merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia. Mempunyai keluasan 54 ekar, zoo yang diletakkan di bawah selenggaraan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ini membawakan kepada pengunjung konsep terbuka dalam pameran haiwan; mempertingkatkan program pendidikan hidupan liar; program pembiakan dan pemuliharaan haiwan; serta menjadikan zoo sebagai kawasan rekreasi.

Zoo Melaka dibuka pada setiap hari, iaitu; Isnin hingga Jumaat, dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang; serta Sabtu dan Ahad, dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Sementara itu, Safari Malam beroperasi pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, bermula pada pukul 8.00 malam hingga 11.00 malam. Safari Malam memberikan pengalaman istimewa kepada pengunjung untuk memerhatikan tingkah laku haiwan malam di habitat semula jadi mereka.

Antara haiwan di Zoo Melaka:

Foto: Siti Nur Syakirah Shamsul Bahrin.
Foto: Siti Nur Syakirah Shamsul Bahrin.
Foto: Siti Nur Syakirah Shamsul Bahrin.

Bermula pada penghujung tahun 2020, Zoo Melaka dan Safari Malam memberikan peluang kepada pengunjung merasai pengalaman baharu dengan menampilkan lebih 100 spesies dinosaur menerusi ruangan “Dinosaur Encounter”. Menurut Facebook Dinosaur Encounter, taman ini merupakan taman dinosaur interaktif terbesar di Asia Tenggara dan dikatakan kos untuk membangunkannya adalah sekitar RM12 juta.

Foto: Siti Nur Syakirah Shamsul Bahrin.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Zoo Melaka dan Safari Malam, layari laman web Zoo & Taman Burung Melaka; dan Dinosaur Encounter menerusi laman web Dinosaur Encounter Zoo Melaka.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!