23 Mac 2022, 08:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya telah merasmikan Hari Persatuan MyCEB dengan tema “Dream Possible” di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.

Hari Persatuan MyCEB telah menjadi satu platform yang mengumpulkan sekitar 200 pemimpin persatuan dalam industri perniagaan. Pengetahuan dan pencapaian mereka dalam industri juga dapat dikongsi bersama hadirin seterusnya berjaya memberikan inspirasi kepada para pendengar .

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui MyCEB telah melancarkan tiga inisiatif; iaitu Program 3R, MySafe Business Events Planner dan menandatangani MoU antara MyCEB dengan Kraftangan Malaysia.

Sumber: Facebook rasmi MOTAC.

Inisiatif 3R – Reset, Restart and Responsible − telah dilancarkan sebagai program pemulihan untuk industri dengan sokongan penuh daripada Kementerian Kewangan.

MySafe Business Events Planner, bersama Business Events Council Malaysia (BECM) turut membantu dalam membimbing perwakilan antarabangsa dan penganjur acara melalui langkah keselamatan dalam menguatkan keyakinan orang ramai terhadap industri mesyuarat dan acara Malaysia.

Memorandum Persefahaman antara MyCEB dengan Kraftangan Malaysia adalah sebagai tanda sokongan yang berterusan daripada MyCEB dan industri acara perniagaan untuk mengutamakan dan hanya menggunakan kraf tempatan Malaysia sebagai hadiah dan cenderahati untuk delegasi antarabangsa agar dapat mempromosikan kekayaan warisan negara kita.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!