Oleh Syaza Wardina
25 Mac 2022, 09:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Rawang – Tourism Selangor memaklumkan bahawa Taman Eko Rimba Kanching (TERK) akan kembali beroperasi bermula pada 26 Mac 2022, dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.

Penyambungan operasi ini adalah tertakhluk kepada garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) terkini yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti berikut:

  • Hanya individu yang berstatus risiko rendah dan kontak kasual yang dibenarkan masuk, serta wajib menunjukkan kad atau sijil digital vaksinasi yang memaparkan status vaksinasi lengkap;
  • Pengunjung yang bergelaja seperti selseema, sakit tekak, batuk dan sukar bernafas tidak dibenarkan masuk ke kawasan ini;
  • Memastikan jarak sosial satu meter pada setiap masa;
  • Wajib memakai pelitup muka sepanjang masa;
  • Memastikan jarak antara kumpulan pengunjung dalam satu hingga tiga meter;
  • Memastikan jarak lokasi aktiviti dengan aktiviti yang lain dalam tiga hingga lima meter; dan
  • Perlu memastikan jarak minimum tapak perkhemahan  adalah dua meter dengan khemah yang lain, dan aktiviti bermalam adalah tidak dibenarkan.

Menurut Tourism Selangor, kadar bayaran terbaharu bagi kemasukan ke TERK adalah seperti berikut:
Isnin – Jumaat: RM2 seorang (warganegara); RM8 seorang (bukan warganegara).
Sabtu, Ahad dan cuti umum: RM3 seorang (warganegara); RM8 seorang (bukan warganegara).

Untuk informasi lanjut, pengunjung boleh melayari www.selangor.travel, atau mengikuti kemas kini di laman Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

error: Content is protected !!