17 Jun 2022, 12:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Bharu – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan menganjurkan Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2022 selama tiga hari, mulai 16 hingga 18 Jun 2022 di Pantai Geting, Tumpat.

FKRK yang mula dilaksanakan pada tahun 2017 kembali menemui masyarakat pada tahun ini setelah tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2020 dan hanya dianjurkan secara dalam talian pada tahun lalu akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara kita pada ketika itu.

FKRK 2022 mengetengahkan pelbagai pengisian dan program menarik kepada para pengunjung yang hadir dalam usaha untuk memperlihatkan keunikan seni, budaya dan makanan yang ada di Kelantan.

Pertandingan mewarna, Battle of the Bands, pertandingan Akhir Dikir Barat FKRK, persembahan wayang kulit dan pelbagai lagi permainan tradisional dan sukan rakyat dapat disaksikan oleh para pengunjung yang hadir.

Selain pelbagai persembahan seni dan pertandingan, terdapat juga pameran gerai jualan serta program interaktif yang diadakan sepenjang tiga hari festival itu berlangsung.

Malam Gala FKRK 2022 akan berlangsung pada  18 Jun 2022.

Sudah tentu antara yang paling dinantikan ialah malam Gala FKRK 2022 yang akan menampilkan persembahan apresiasi gendang Kelantan yang menggabungkan alatan muzik tradisional seperti Rebana Ubi, Rebana Panjang Siam, Rebana Kercing dan Rebana Mangkuk, iaitu sejenis alat gendang yang diperbuat daripada mangkuk getah dan kesebuan rebana ini hanya terdapat di Tanah Merah, Kelantan.

Penganjuran FKRK 2022 diharapkan dapat menyebarluaskan dan merakyatkan seni budaya terutamanya seni budaya negeri Kelantan kepada semua lapisan masyarakat sebagaimana matlamat penganjurannya oleh JKKN.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.