Oleh Syaza Wardina
21 Jun 2022, 21:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Perlis – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) baru-baru ini menganjurkan program Explorace 2022 – Program Transformasi Kampung Nelayan Warna-warni Seberang Ramai, Kuala Perlis. Program tersebut mendapat kerjasama daripada Unit Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Raja Muda Perlis di Pejabat Setiausaha Sulit Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Raja Perlis dan juga kepimpinan masyarakat setempat.

Program tersebut disertai oleh 120 orang pelajar di bawah Pertubuhan Kebajian Al-Nidaa’ Malaysia dan juga Pertubuhan Al-Khaadem Malaysia yang datang dari beberapa buah negeri termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Selangor dan Terengganu.

DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Titah DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menutup program tersebut di Dewan Orang Ramai Dataran Semarak di kampung berkenaan,

Salah satu resepi kejayaan diri seseorang individu itu bermula daripada penguasaan ilmu dan pengamalannya. Sesungguhnya ilmu itu perlu dicari, digali, dikuasai dan diamalkan oleh kita semua, terutama golongan para pelajar ataupun remaja wajib menuntut ilmu secara istiqamah.

Pada masa yang sama juga, pihak-pihak berwajib bertanggungjawab secara langsung dan tidak langsung dalam menyemai serta menyuburkan ilmu-ilmu dunia dan akhirat perlu lebih komited, kreatif dan inovatif lagi dalam memajukan sektor pendidikan agar semua lapisan tiada yang dipinggirkan demi kejayaan negeri dan negara kita pada masa hadapan.

Yang hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Bebas ReGen Rehab Hospital, Dato’ Dr. Zaininah Mohd Zain serta kepimpinan kedua-dua pertubuhan berkenaan.

Penyampaian hadiah kepada peserta program Explorace 2022.

Dalam ucapan alu-aluan, Haji Mohd Nazim memaklumkan bahawa penganjuran program pada kali ini amat bermakna. Beliau menyampaikan ucapan syabas kerana program tersebut berjaya melibatkan sepenuhnya pengendalian oleh pihak pemimpin dan seluruh lapisan masyarakat yang terlibat dalam Program Transformasi Kampung Nelayan Warna-warni Seberang Ramai Kuala Perlis tersebut dan boleh dijadikan satu lagi produk pelancongan baharu istimewa yang boleh ditonjolkan lagi di negeri ini khususnya untuk program-program pembinaan pasukan.

 

 

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!