14 Julai 2022, 09:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Keluarga Malaysia berpeluang menebus tawaran e-baucar yang bernilai antara RM50 hingga RM100 menerusi pembelian bilik penginapan hotel secara dalam talian mulai 15 Julai hingga 31 Disember 2022 menerusi Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE2.0) bagi kluster penginapan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri ketika menyampaikan ucapan. (Sumber: Facebook MOTAC)

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata, pelancaran inisiatif ini dengan kerjasama Tourism Malaysia adalah untuk menarik minat orang ramai khususnya Keluarga Malaysia agar terus membuat tempahan bilik penginapan pada harga diskaun yang istimewa seterusnya merancakkan lagi aktiviti pelancongan domestik.

“Antara pusat penginapan yang terlibat ialah hotel-hotel di bawah Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO), Persatuan hotel Bajet dan Bisnes Mamalaysia (MyBHA) dan Rangkaian Hotel Seri Malaysia (HSM),” katanya lagi.

Beliau berkata, kesemua e-baucar boleh ditebus semasa membuat tempahan bilik hotel menerusi aplikasi Shopee dengan had penebusan sebanyak tiga kali bagi setiap pemilik MyKad bemula dari 15 Julai hingga 31 Disember 2022.

Melalui pelancaran PRE2.0 Kluster Penginapan ini, dianggarkan seramai 33 830 rakyat Malaysia berpeluang menikmati tawaran e-baucar ini dan diharapkan usaha ini mampu menyemarakkan lagi pelancongan domestik seiring peralihan ke fasa endemik selain merangsang kembali pemulihan industri pelancongan sejaki gus menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara secara keseluruhannya.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri tiga dari kiri ketika Pelancaran PRE2.0 bagi Kluster Penginapan. (Sumber: Facebook MOTAC)

Pelancaran PRE2.0 bagi kluster penginapan telah dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri semalam di Hotel Pavilion, Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YBrs. Encik Mohd Zamri Mat Zin, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Zainuddin Abdul Wahab dan Pengerusi Tourism Malaysia, Dato’ Seri Ramlan Ibrahim.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!