Oleh Lutfi Zahid
21 November 2022, 16:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar –  Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis berharap agar seni budaya yang terdapat di Perlis terus dikekalkan, terutamanya seni budaya yang kian dilupakan atau pupus akibat ditelan zaman. Titah baginda ketika menutup Mesyuarat Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis Sidang Kedua bagi Tahun 2022:

Warisan seni dan budaya ini perlu diselarikan dengan perkembangan semasa dan syariat Islam, sesuai dengan peranan yang dimainkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebagai badan utama yang menerajui agama Islam di negeri ini dan juga pendokong kepada adat istiadat Melayu di Perlis.

Tuanku Raja Muda Perlis juga mahu lebih banyak usaha pengekalan, perkembangan, pendidikan, kajian dan penambahbaikan dilakukan terhadap artifak peninggalan, warisan, tarian, adat, budaya dan sebagainya yang berkaitan dengan negeri Perlis agar dapat diperkayakan lagi khazanah kesenian negeri itu untuk diwarisi oleh generasi masa hadapan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.