Oleh Atiqah Abd Rahim
17 Mei 2023, 15:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Miri – Bandar raya Miri menyambut ulang tahun yang ke-18 menerusi penganjuran Miri Mayfest 2023 sepanjang bulan Mei ini. Pelbagai acara dan aktiviti yang menarik telah dirancang untuk memeriahkan lagi sambutan itu yang bertemakan Miri@18 – Going International.

Hari Terbuka Bandar Raya Miri akan diadakan pada 20 Mei bertempat di Dewan Bandaraya Miri.

Menurut Datuk Bandar Raya Miri, Adam Yii Siew Sang, penganjuran kali ini akan lebih memfokuskan kepada hubungan luar dan antarabangsa dengan aktiviti yang dijalankan. Penganjuran sambutan tersebut bertepatan dengan visi bandar raya Miri untuk mempromosikan sektor pelancongan, hub pendidikan, kebudayaan dan sastera di bandar itu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut turut mengajak orang ramai untuk menghadiri Hari Terbuka Bandar Raya Miri yang akan diadakan pada 20 Mei bertempat di Dewan Bandaraya Miri.

“Bagi ulang tahun ke-18 ini, kami telah mengaturkan sambutan Hari Terbuka Bandar Raya Miri bermula pada jam 9 pagi hingga petang di Dewan Bandaraya Miri. Pelbagai program akan diatur dan kami menjemput semua lapisan masyarakat di Miri untuk hadir dan memeriahkan acara yang akan diadakan,” jelas beliau pada sidang media Hari Terbuka Majlis Bandaraya Miri dan Miri Mayfest.

Adam Yii Siew Sang bercakap di sidang media Hari Terbuka Majlis Bandaraya Miri dan Miri Mayfest.

Aktiviti yang menarik sepanjang bulan ini boleh dirujuk di Facebook Miri City Council (https://www.facebook.com/profile.php?id=100090028661689) yang meliputi aktiviti kebudayaan, sastera, kesihatan, pelancongan serta mempromosikan peranan Majlis Bandaraya Miri kepada orang ramai.

Pustaka Negeri Sarawak dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak turut bekerjasama menjayakan pelbagai sesi perkongsian yang menarik sepanjang minggu ini bagi menyemarakkan sambutan ulang tahun ke-18 bandar raya Miri.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.