Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – “Pekan Panchor merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Muar yang pernah menjadi sebahagian daripada laluan denai penarikan yang digunakan oleh pedagang dahulu kala dan asal usul namanya diambil dari salah sebuah air terjun yang gemuruh bunyinya,” kongsi Timbalan Ketua Pengarah Operasi Dewan Bahasa dan Pustaka, Encik Zulfa Hamzah dalam ucapan alu-aluannya.
Majlis Pelancaran Buku Panchor dan Sejarah Kisah Ayahanda ini telah berlangsung di pentas utama, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTCKL) pada 1 Jun 2023, 11.00 pagi tadi bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2023).
Buku Panchor dan Sejarah Kisah Ayahanda karya Yunus Masjuki merupakan buku berbentuk anekdot dan sejarah berdasarkan kisah ayahandanya Hj. Masjuki Ramli yang berkisar tentang kehidupan suka duka beliau ketika peristiwa Jepun menyerang Panchor.
Turut hadir, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, YBhg. Leftenan Jeneral Dato’ Arman Romaizi Haji Ahmad bagi merasmikan pelancaran buku Panchor dan Sejarah Kisah Ayahanda. Kongsi beliau dalam ucapannya,
Tidak dapat dinafikan bahawa penerbitan buku berbentuk sejarah dan diterjemahkan secara anekdot sebegini masih kurang. Oleh itu, atas kesedaran dan keinginan yang dimiliki oleh penulis untuk berkongsi pengalaman, harus dipuji.
Tambahnya lagi,
Ringkasnya, buku ini mengisahkan bagaimana Hj. Masjuki membesarkan penulis serta adik-beradiknya dengan penuh liku-liku serta cabaran dan dugaan. Pengalaman-pengalaman inilah yang menjadi intipati penting dalam buku yang bakal dilancarkan sebentar nanti.