19 September 2023, 21:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Majlis Perasmian Persidangan Filem dan Masyarakat yang diadakan pada 7 September hingga 8 September 2023 telah menyimpulkan dengan penuh perhatian daripada para peserta dari seluruh rantau, menyuarakan perubahan mengenai pendekatan garis panduan filem dan penciptaan kandungan.

Bertemakan “Content Creation, Control, and Choice in the Digital Age,” program dua hari tersebut telah membariskan ahli panel yang terkemuka, termasuk ahli akademik, pemain industri filem, artis serta penggubal dasar Asia Tenggara dan sekitarnya. Antara ahli panel tersebut ialah Syafiq Yusof, Pembuat Filem dari Skop Productions Sdn. Bhd.; Eneng Faridah Iskandar, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pengguna dan Industri di MCMC; Alex Sihar, Pengerusi Badan Pengawas di Badan Perfilman Indonesia (BPI); Dr. Thomas Barker, Profesor Madya Kehormat di Universiti Kebangsaan Australia; Amanda Nell Eu, Pembuat Filem dari Ghost Grrrl Pictures serta Sofia Jane, pelakon terkenal di Malaysia.

Masjalizah Hamzah, Penyelaras Projek EU dari Goethe Institut; Mediha Mahmood, Pengarah Eksekutif Forum Kandungan; Anna Har, Pengasas Bersama Freedom Film Network, Terence Serné, Setiausaha Kedua Kedutaan Belanda di Malaysia; Timo Goosman, Timbalan Ketua Perwakilan, Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia dan Brenda Danker, Pengasas Bersama Freedom Film Network.

Merangkumi tujuh sesi yang menarik, persidangan yang diadakan turut menyediakan platform dinamik untuk perbincangan yang tuntas dan dialog yang bernas, menggalakkan para peserta untuk mempertimbangkan peraturan filem serta garis panduan kandungan. Persidangan tersebut juga menggalakkan penyelidikan terhadap pendekatan inovatif yang mengatasi kaedah penapisan dan larangan konsenvional. Kepelbagaian latar belakang dan kepakaran para peserta memberikan perspektif global kepada cabaran dan peluang yang semakin berkembang yang wujud dalam peraturan filem dan penciptaan kandungan.

Anna Har, pengasas bersama FFN berkata, “Ini adalah detik penting untuk FFN. Sebagai pihak berkepentingan dalam industri, kami telah menghadapi banyak halangan dan bergelut dengan peraturan filem yang terhad. Penyelidikan kami terhadap peraturan filem dan kesannya terhadap industri mendedahkan amalan yang menuntut penilaian semula untuk mengekalkan ekosistem yang sihat, terutamanya dalam era digital ini. Persidangan ini berfungsi sebagai kompas untuk merangka laluan kita ke hadapan, mengingatkan kita bahawa kita tidak boleh bergantung semata-mata pada kuasa atau badan luar. Kami perlu menyuarakan aspirasi kami dan meneroka apa yang terbaik untuk industri kami.”

Mediha Mahmood, Pengarah Eksekutif CMCF, menyahut komitmen ini dengan menyatakan, “Acara seperti persidangan ini menunjukkan komitmen kami untuk memupuk gambaran industri filem yang lebih saksama dan memajukan ke arah kawalan kendiri. Dalam senario yang ideal, pembuat filem berupaya untuk berkarya tanpa batas dan penonton filem pula boleh memilih kandungan mereka dengan bebas. Walau bagaimanapun, kami menyedari bahawa sebarang perubahan memerlukan proses yang berterusan. Kami memainkan peranan kami dengan menyokong secara aktif untuk kawalan kendiri industri.”

Satu subjek dan kata sepakat bergema sepanjang persidangan tersebut iaitu perubahan diperlukan untuk menambahbaik peraturan dan penciptaan kandungan. Para peserta turut menyokong pendekatan yang seimbang, kebebasan berkarya untuk pembuat filem dan pencipta kandungan, bersama-sama dengan hak pengguna untuk memilih dan mengakses kandungan selaras dengan pilihan mereka.

Dengan kebebasan memilih ini, terdapat keperluan untuk membina fleksibiliti untuk semua orang, bukan hanya golongan bawah umur, untuk mengambil bahagian dan menyumbang secara positif dalam alam digital. Celik media dan digital dilihat sebagai pautan yang hilang dalam alat peraturan kandungan semasa.

Walaupun begitu, kebergantungan semata-mata kepada badan kerajaan atau entiti negeri sebagai pelindung dianggap tidak praktikal dalam landskap kandungan yang luas dan mudah diakses pada hari ini. Sebaliknya, para peserta menekankan keperluan kritikal untuk membenarkan kebebasan dan pilihan untuk mengemudi dunia digital sambil turut melengkapkan rakyat dengan alatan dan kemahiran untuk membuat pilihan termaklum dan mengelakkan bahaya.


Ahli panel, penganjur serta peserta Persidangan Filem dan Masyarakat.

Persidangan tersebut mengambil sikap proaktif, mengharapkan kerajaan untuk mengutamakan peralihan daripada penapisan kepada klasifikasi dan kawalan kendiri industri filem. Apa yang penting ialah mempraktikkan pendekatan daripada kepelbagaian pihak berkepentingan yang holistik terhadap celik media dan fleksibiliti dalam kalangan pengguna harus menjadi tumpuan dalam mewujudkan warga digital yang bertanggungjawab.

Bagi golongan profesional industri, seruan untuk bertindak adalah jelas iaitu pengetahuan adalah kuasa, dan memahami peraturan sedia ada akan turut membantu dalam memastikan perubahan ekosistem industri filem yang semakin meningkat. Terdapat juga nilai kritikal dalam pembelajaran dari negara jiran dan hal ini sekali gus mewujudkan rangkaian perpaduan seperti yang ditunjukkan melalui persidangan tersebut.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.