Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangSimpang Empat – Perlis menawarkan pengalaman pelancongan warisan, adat, makanan termasuk mangga harum manis yang digelar antara yang terbaik di Malaysia, laluan-eko, bukit batu kapur, dan juga suasana sawah padi yang memukau.
“Di Perlis, kami tidak mempunyai produk pelancongan buatan seperti pusat membeli belah mega, taman tema mahupun hotel bertaraf lima bintang. Hal ini sememangnya sudah dimaklumi oleh semua pelancong yang bertandang ke sini”.
Demikian titah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan meluangkan masa berangkat merasmikan Sejati Homestay yang beroperasi di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang, Kg Rama, Jalan Kuala Sanglang, Perlis bersempena dengan Program MAIPs Peduli baru-baru ini.
Keberangkatan tiba DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ke premis yang boleh memuatkan maksima 50 orang penginap tersebut disambut oleh pengurusnya, Mohd Fuad Mansor.
Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj. Mohd Nazim Mohd Noor.
Tambah DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tahun Melawat Perlis 2024-2025 adalah juga selari dengan Tahun Melawat Indonesia, Malaysia, Thailand Growth Triangle (IMT-GT) 2023-2025 dan Perlis amat berharap melalui segala usaha yang bakal dilaksanakan hasil daripada maklum balas yang sangat baik daripada para pelancong setakat ini, maka jumlah pengunjung diterima pada tahun 2022 iaitu 2.99 juta akan bertambah.