18 Mei 2024, 16:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Raja Perlis Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyeru agar semua rakyat negeri Perlis memberikan sokongan yang penuh kepada anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang akan menggalas amanah sebagai Pemangku Raja Perlis bagi pihak baginda mulai 15 Mei 2024 baru-baru ini.

Tempoh pemangkuan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra adalah selama empat bulan, iaitu dalam tempoh DYMM Tuanku Raja Perlis menjalani pembedahan kaki pada minggu hadapan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dan seterusnya melalui proses rehabilitasi.

DYMM Tuanku Raja Perlis turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri, kaum kerabat diraja, para sahabat handai dan khususnya rakyat negeri Perlis yang dikasihi atas doa dan ucapan bersempena dengan sambutan hari ulang tahun keputeraan baginda yang ke-81 semalam.

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh turut hadir dalam majlis santapan malam yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perlis.

Demikian titah DYMM Tuanku Raja Perlis ketika berkenan berangkat ke majlis santapan malam yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perlis, Jalan Raja Muda, Kangar pada malam semalam.

Baginda diiringi oleh DYMM Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat sama Pemangku Raja, iaitu DYTM Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berserta anakanda baginda berdua, YAM Sharifah Farah Adriana serta YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.