19 Mei 2024, 22:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Aktivis dan pengarah teater ternama tanah air, Dr. Rosminah Tahir menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Keramat petang tadi.

Terdahulu, Allahyarhamah Dr. Rosminah Tahir pernah dilantik sebagai Ketua Jabatan Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA).

Allahyarhamah sebelum ini juga pernah mengarah teater termasuklah teater yang berjudul Di Bawah Lindungan Kaabah, Muzikal Tun Mahathir, Muzikal Ibu Zain, Nyonya, Li Po, Mak Dara Nyonya dan Anugerah.

Pada Oktober tahun lalu, beliau telah mementaskan karya Sasterawan Negara (SN) Datuk Seri A. Samad Said, Lantai T Pinkie di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Difahamkan, jenazah Allahyarhamah Dr. Rosminah Tahir dijangka dibawa ke kampung halaman di Muar, Johor, untuk dikebumikan.

Ternyata, pemergian beliau merupakan suatu kehilangan yang besar terhadap industri teater dan seni tanah air.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.