Oleh Farhan Haziq
29 Jun 2024, 15:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Wacana Betulkan yang Biasa, Biasakan yang Betul menyemarakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan warga Istana Budaya.

Wacana tersebut dianjurkan oleh Istana Budaya, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan 2024.

Wacana tersebut bertujuan untuk memupuk semangat cintakan bahasa kebangsaan dalam kalangan warga Istana Budaya.

Pembicara wacana Betulkan yang Biasa, Biasakan yang Betul, Encik Zaidi Ismail.

Editor Kanan Bahagian Buku Sekolah DBP, Encik Zaidi Ismail yang bertindak sebagai pembicara menegaskan, “Kita perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam urusan rasmi, baik dalam lisan mahupun tulisan seperti dalam surat rasmi.”

“Penggunaan bahasa yang baik dan betul ini amat penting dalam situasi rasmi agar maklumat yang disampaikan dapat difahami secara jelas dan tepat,” ujarnya di Lambang Sari, Istana Budaya, semalam.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Puan Zubaidah Mukhtar (tengah).

Dalam wacana tersebut, khalayak yang hadir juga boleh lebih mengenali, menghayati dan menikmati kemajuan bahasa kebangsaan serta menjadikan bahasa kebangsaan sebagai elemen pengukuhan identiti dan jati diri bangsa.

Khalayak yang hadir bergambar bersama-sama Ketua Pengarah Istana Budaya, Puan Zubaidah Mukhtar selepas wacana selesai.

Turut hadir dalam wacana tersebut ialah Ketua Pengarah Istana Budaya, Puan Zubaidah Mukhtar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Encik Johan Cruyff@Mohd Johari Md Nordin serta warga Istana Budaya.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.