Diterbitkan pada 22 Mac 2025, 15:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Ramadan yang semakin hampir ke penghujungnya menyaksikan aktiviti niaga makanan di semua bazar diteruskan bagi memenuhi keperluan umat Islam membeli juadah berbuka. Kemunculan banyak tapak bazar Ramadan di bandar, pekan dan kawasan perumahan seperti cendawan tumbuh selepas hujan terbukti berjaya menyemarakkan sambutan bulan puasa sejak awal bulan.

Di semua negeri, bazar Ramadan menjadi tumpuan ribuan masyarakat Islam termasuk Cina dan India untuk membeli juadah berbuka. Paling ketara di kawasan bandar bagi menampung keperluan penduduk mendapatkan juadah berbuka. Dalam menenuhi keperluan masyarakat, urusan mengendalikan perjalanan perniagaan di bazar Ramadan ini turut menjadi tanggungjawab pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis-majlis Perbandaran di peringkat negeri.

Tinjauan mendapati, pihak berkuasa tempatan bukan sahaja menyediakan tapak bazar yang sesuai tetapi juga mengeluarkan permit untuk ratusan peniaga dengan sesetengahnya turut menyediakan gerai bagi memudahkan para penjaja dengan caj sewaan antara RM 300 hingga ke RM 500. Penyediaan kemudahan ini menampilkan bentuk dan gerai yang lebih seragam serta teratur termasuk penguatkuasaan aspek kebersihan dan kawalan pergerakan lalu lintas untuk memudahkan pergerakan pengunjung ke bazar.

Selain itu, tinjauan di beberapa lokasi bazar Ramadan juga mendapati urus niaga bermula seawal pukul 4,00 petang dan mencapai puncak kesesakan ribuan pengunjung sekitar 5.00 hingga 6.30 petang; mewujudkan suasana pesta jualan yang sangat meriah dengan ratusan gerai menawarkan pelbagai juadah makanan, kuih-muih dan minuman untuk pilihan pengunjung.

Inilah kesempatan bagi masyarakat untuk mencari dan membeli makanan yang digemari termasuk yang sukar ditemui terutama kuih-muih dan masakan tradisi. Bazar Ramadan juga menyediakan peluang terbaik bagi para perantau untuk menemui kembali dan membeli kuih-muih dan masakan tradisi kegemaran mereka bagi menghilangkan kerinduan.

Situasi sebegini dianggap unik kerana bukan sahaja perantau dapat mencari sajian kegemaran dari tempat asal mereka tetapi juga penduduk tempatan dan perantau dari negeri lain boleh turut merasai pelbagai cita rasa masakan yang menarik dan masyhur itu.

Malahan bazar Ramadan juga mendapat perhatian dikunjungi oleh kaum lain yang turut datang untuk membeli pelbagai sajian makanan Melayu yang menampakkan keharmonian hidup masyarakat Malaysia. Tinjuan juga mendapati penguatkuasa pihak berkuasa tempatan melakuan rondaan untuk memastikan peniaga mematuhi peraturan termasuk pemilikan lesan, kebersihan gerai dan kesihatan pengendali makanan.

Bagi memudahkan pengguna, para peniaga juga perlu meletakkan tanda harga serta pemantauan harga jualan melalui `Ops Pantau’ oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) pada tahun ini tetap meneruskan inisiatif yang telah dimulakan sejak 5 tahun lalu bagi mengumpulkan baki jualan makanan daripada penjaja di bazar Ramadan seliaanya. Sebuah khemah khas disediakan di setiap bazar bagi memudahkan peniaga menyerahkan makanan tersebut. Antara 250 hingga 550 kilogram lebihan makanan yang masih elok dapat dikumpulkan di setiap lokasi.

Operasi amal yang turut digerakkan oleh sukarelawan daripada beberapa pertubuhan masyarakat akan mengagihkan makanan yang masih elok itu kepada jemaah masjid dan surau selepas solat tarawih serta asrama pelajar dan penghuni pangsapuri kos rendah. Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Fauzi Mohd. Yatim berkata, usaha itu bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran tetapi pada masa yang sama berupaya membantu golongan masyarakat yang memerlukan di samping dapat mengurangkan sisa jualan untuk dihantar ke tapak pelupusan sampah.

Sebagai rekod, pada tahun lalu sebanyak 7 ribu kilogram bahan makanan dapat dikumpulkan dari bazar-bazar Ramadan berkenaan untuk diagihkan kepada masyarakat di 17 lokasi. Usaha yang sama turut dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan melancarkan kempen sifar sisa @Bazar Ramadan. Kempen tersebut melibatkan bazar Ramadan di 12 lokasi termasuk di Jalan Raja Alang, Kampung Baharu, Sentul, Wangsa Maju, Taman Seri Rampai, Danau Kota, Desa Pandan dan Taman Tasik Permaisuri,

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi