Diterbitkan pada 1 September 2025, 11:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan aktiviti penyebaran bahasa dan sastera di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan Hentian Sebelah di lebuh raya milik Plus Malaysia berhad (PLUS), baru-baru ini.

Antara aktiviti yang diadakan ialah dengan menyerahkan papan informasi berkaitan ejaan, tatabahasa dan pantun bersumberkan buku terbitan DBP untuk diletakkan di semua R&R yang terlibat.

Aktiviti tersebut dilakukan sewaktu penjurian Pertandingan Hiasan Merdeka Terbaik R&R dan Hentian Sebelah.

Pada tahun ini, sebanyak 21 buah lokasi R&R dan Hentian Sebelah di lebuh raya PLUS yang terpilih telah bertanding meliputi laluan arah utara dan selatan.

Turut terlibat dalam program tersebut ialah pihak Berita Harian (BH) dan New Straits Time Press (M) Sdn. Bhd. yang turut menjadi juri pada edisi tahun ini.

Pihak PLUS diwakili oleh Encik Airol Kamarul Baharin, Encik Nazren Fauzi dan Encik Rohaizad Ahamed dari Komunikasi Korporat PLUS manakala DBP diwakili oleh Encik Mohd Hafizi Ahmad, Encik Mohd Thibroni Abd Haris, Encik Muhammad Ismail Md Dzulkarnaen dan Encik Shahrizul Razli Seth.

Turut serta ialah Puan Nuratikah Athilya Hassan dari BH dan Puan Nur Raihana Alia Mansor dari NSTP.

Pertandingan ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh PLUS sejak tahun 2004 yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat dan kecintaan masyarakat dalam menyambut Hari Kebangsaaan dan Hari Malaysia.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi