Oleh Lutfi Zahid
1 April 2021, 09:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Hulu Selangor – Pandemik COVID-19 yang melanda sejak tahun lalu bukan sahaja membantutkan peningkatan ekonomi negara, bahkan turut mengubah landskap kehidupan dan pendapatan masyarakat, terutamanya dalam bidang seni dan kebudayaan. Atas dasar itu, Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan Jawatankuasa Pelaksanaan Program Rentak Selangor telah mengadakan lawatan khas melawat lokasi pengusaha kesenian dan kebudayaan pada 6 hingga 7 Mac 2021 yang lalu.

Objektif utama lawatan ini diadakan adalah untuk membantu mempromosikan produk dan hasil kesenian dan kebudayaan masyarakat di Hulu Selangor, sekali gus meningkatkan semula pendapatan para pengusaha yang terjejas. Lawatan yang diadakan selama dua hari itu meliputi kawasan Kuala Kubu Bharu dan Bukit Beruntung dengan melibatkan bidang kesenian, seperti batik, kraf kitar semula, seni tarian dan pembuatan alat muzik menggunakan barangan terbuang.

Dengan berlangsungnya program seperti ini, diharapkan dapat membantu mengurangkan beban para pengusaha kesenian dan kebudayaan di Selangor yang terjejas dengan mempromosikannya melalui platform media konvesional dan baharu. Lawatan ini disertai oleh para pengamal media di seluruh negara dan sidang media bersama Tuan Borhan Aman Shah, Pengerusi Jawatankuasa tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.