Oleh Abd Razak Osman
7 Januari 2024, 17:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Pengarah Muzium Negeri Kedah, Suhaidi Shukri (berbaju merah) sedang memberikan penerangan kepada Pegawai Daerah Baling, Dato’ Abdul Gafar Yahya yang hadir ke Galeri Rundingan Baling, hari ini.

Baling – Galeri Rundingan Baling di Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Putra Baling dibuka pada hari ini kepada orang ramai untuk melihat koleksi bersejarah negara.

Galeri yang dinamakan sebagai Galeri Rundingan Baling didaftarkan sebagai tapak warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) pada 28 Disember 2016. 

Pengarah Muzium Negeri Kedah, Suhaidi Shukri berkata,

Pembukaan Galeri Pameran Rundingan Baling mampu menjadi satu daripada produk sejarah dan pelancongan di daerah Baling.

Menurut beliau, Jabatan Warisan Negara telah melaksanakan kerja konservasi ke atas bangunan lama sekolah tersebut pada tahun 2007 hingga tahun 2021.

Galeri Rundingan Baling pada tahun 1955 ini telah dijadikan tempat perbincangan damai melibatkan pihak kerajaan pada masa itu, iaitu terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Dato Tan Cheng Lock, David Marshall, manakala Parti Komunis Malaya diwakili oleh Chen Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

Pelajar SK Tunku Putra Baling antara murid sekolah yang pertama mengunjungi Galeri Rundingan Baling, Kedah.

Menariknya, pengunjung yang hadir ke galeri itu dapat melihat sendiri dengan lebih dekat tentang gambar-gambar sejarah serta peristiwanya sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Sementara itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Universiti Utara Malaysia, termasuklah Prof. Madya Dr. Haji Mohd Kasri Saidon dari Pusat Pengajian Pendidikan;  Prof. Madya Dr. Mohamed Ali Haniffa dari Unit Sejarah dan Kenegaraan Malaysia, Jabatan Tamadun dan Falsafah, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah serta  Zolkefli Bahador, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pendidikan atas kerjasama dalam menjayakan pembukaan galeri itu.

Mengulas lanjut tentang galeri sejarah itu, Galeri Rundingan Baling dibuka pada hari Ahad sahaja mulai pukul 10.00 pagi hingga 4.30 petang sebelum dibuka sepenuhnya untuk dikunjungi.

Turut hadir ialah Dato’ Abdul Gafar Yahya, Pegawai Daerah Baling  merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Baling.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.