Diterbitkan pada 22 Jun 2026, 21:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuching – Kumpulan Maragajeng berjaya dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Ekspresi Muzik Bahasa Jiwa Bangsa yang diadakan Hotel Pullman Kuching, petang tadi bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Ke-70.

Kemenangan tersebut menyaksikan kumpulan Maragajeng membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000.00, sekali gus membuktikan keupayaan mereka  menterjemahkan wadah perjuangan bahasa dan sastera menerusi lagu rakyat Sarawak berjudul “ Ros Kalas”  dan lagu puisi berjudul “Tiada Lagi Nyanyian Luka”.

Tempat kedua disandang oleh Kumpulan Pilip Bersaudara yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000.00 dengan lagu puisi tempatan Sarawak berjudul “Berita kepada Kawan”, sekali gus meraih gelaran Pasukan Terbaik dengan hadiah wang tunai bernilai RM300.00.

Tempat ketiga pula menjadi milik Kumpulan Keramat Buskers yang memenangi wang tunai berjumlah RM1,000.00 menerusi lagu ciptaan mereka berjudul “Bangkit” dan lagu rakyat Sarawak, “Puteri Santubong”.

Kumpulan Pilip Bersaudara dinobatkan sebagai naib johan dan pasukan terbaik.
Tempat ketiga menjadi milik Kumpulan Keramat Buskers.

Selain hadiah utama, penghargaan turut diberikan kepada tujuh kumpulan lain yang menerima hadiah sagu hati, iaitu Kumpulan Double SE, Adruce Azman, JJ Buskers, Zumijaz, Akar Seni, Intan Buskers dan Empire xband yang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500.00 sebagai suntikan semangat atas mutu persembahan yang dipamerkan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Tuan Haji Mohd Salahuddin Dato’ Paduka Mohamed kepada setiap pemenang dalam pertandingan tersebut.

Pertandingan Ekspresi Muzik Bahasa Jiwa Bangsa Bangsa ini bertujuan untuk memartabatkan bahasa Melayu melalui seni muzik dan nyanyian yang disertai oleh 10 kumpulan muzik tanah air Sarawak.

Kredit Foto: Khairul Azhar Baharuddin
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi