Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Fenomena hiburan Pantai Timur bakal menggegarkan ibu kota menerusi konsert mega Kelate ke KL 2026 yang akan berlangsung pada 29 Ogos 2026 di Zepp Kuala Lumpur.
Dengan tema “Suaro Kito, Jiwo Kito – 100% Ori Kelate”, konsert ini bakal menghimpunkan barisan artis popular dan kebanggaan Kelantan pada satu malam yang penuh warna, muzik dan semangat anak Kelantan yang pastinya menjanjikan pengalaman luar biasa buat peminat.
Antara artis yang bakal membuat persembahan termasuklah Eda Ezrin, Rosalinda, Adik Waniey, Man Khan, Den Manjo, Fendi Kenali dan Aris Capella.
Menurut Pengarah Projek Kelate ke KL 2026, Mas Ayie Mas Omar, konsert anjuran Natriya Enterprise, Irama Entertainment dan Ikarl Project ini bukan sekadar sebuah konsert, malah platform untuk meraikan identiti, seni dan budaya Kelantan, serta menghimpunkan anak Kelantan dan peminat muzik Pantai Timur dari seluruh negara dalam suatu acara berprestij.
Katanya, lebih banyak pengumuman menarik termasuklah penampilan khas, pengisian budaya dan kejutan eksklusif akan diumumkan dalam fasa seterusnya menjelang penganjuran konsert.
Tiket rasmi akan dijual secara eksklusif menerusi Illaso.com.my, dengan tarikh jualan tiket akan diumumkan kemudian.
Orang ramai disarankan untuk mengikuti saluran media sosial rasmi Kelate ke KL 2026 bagi mendapatkan perkembangan terkini, pengumuman tarikh jualan tiket, serta pelbagai aktiviti menarik yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Untuk perkembangan terkini, bahan promosi, pengumuman artis dan maklumat rasmi Kelate ke KL 2026, sila ikuti akaun media sosial rasmi Kelate Ke KL, iaitu TikTok @KelateKL dan Instagram @KelateKL