Oleh Putraery Ussin
4 November 2024, 08:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
  • Gelugor – Gabungan seni visual dan sastera dapat melahirkan karya yang mampu menjentik emosi para pembaca.
  • Hal ini dijelaskan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Dr. Husairi Hussin sewaktu mengendalikan program Bicara Buku dan Seni Visual: Struktur Asas Novel anjuran Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia (USM), baru-baru ini.
  • Dalam perkongsian tersebut, beliau percaya pendekatan ini dapat memberi dimensi baharu kepada pembaca dan pencinta seni untuk memahami karya sastera dengan lebih mendalam.
  • Beliau yang juga seorang novelis berkongsi teknik untuk mengadaptasi naratif dan elemen novel kepada bentuk visual yang menarik.
  • “Kekuatan sebuah novel bukan hanya pada jalan ceritanya tetapi pada struktur dan perasaan yang terhasil melalui setiap babak dan watak”
  • “Dengan memindahkan elemen-elemen ini ke dalam seni visual, kita dapat menghidupkan cerita dalam cara yang lebih visual dan memberi impak emosi kepada penonton,” tambahnya lagi.
  • Sebelum mengakhiri perkongsiannya, beliau berharap agar lambakan karya sebegini akan membuatkan ranah sastera tanah air terus berkembang maju dan memberikan impak yang besar kepada masyarakat.
  • Terdahulu, program yang diadakan ini bertujuan membuka ruang kepada 30 peserta untuk memahami cara kreatif menterjemah struktur novel ke dalam bentuk seni visual.
  • Moderator program, Dr. Shahrul Anuar turut mengulas, iaitu gabungan penceritaan dan visual yang kukuh akan melahirkan melahirkan generasi kreatif yang dapat menyumbang kepada perkembangan seni dan budaya tempatan.
  • “Melalui medium ini, saya berharap dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk berkarya dan melihat potensi seni dalam menyampaikan mesej yang lebih besar,” ujarnya mengakhiri program yang diadakan.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.