Diterbitkan pada 1 Disember 2025, 15:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Sepang – Lapan peribahasa Melayu bertemakan perpaduan daripada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dijadikan kandungan paparan melalui 325 unit televisyen dan dua unit skrin LED di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA 2 dengan jumlah keseluruhan siaran sebanyak 1.8 juta tayangan.

Inisiatif ini dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan menerusi usaha penyebaran bahasa dan sastera dengan menyasarkan sebaran di lokasi premis pengangkutan awam.

Paparan yang bermula pada 1 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025 ini bertujuan mengangkat harkat ilmu melalui peluasan sumber sastera dalam bahasa Melayu kepada khalayak umum dengan pendekatan yang ringkas dan jelas.

DBP berharap semua pihak menyokong usaha menormalisasikan perbahanan bahasa dan sastera melalui pelbagai medium sebaran terkini agar terus subur ditekuni dan digunakan oleh segenap lapisan masyarakat.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi