Oleh Pie Asyraf
Diterbitkan pada 10 Mac 2026, 15:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Festival Filem Raintown 2026 kini membuka penyertaan kepada semua pencipta filem.

Menurut pengasas Jacky Yeap pada tahun ini, Festival Filem Raintown bertemakan “Selepas Hujan”.

Penganjuran kali ketiga ini mengalu-alukan penyertaan filem pendek berdurasi kurang daripada 10 minit, terbuka kepada semua warganegara dan tarikh tutup penyertaan pada 14 Jun ini.

Pemenang bakal menerima RM8,000, peralatan CK Music, GoPro, Logitech, N4 Camera Store Sdn Bhd, Ulanzi, dan Lumos.

Untuk makluman, Festival Filem Raintown diasaskan pada tahun 2024 oleh pembuat filem Malaysia, Jacky Yeap, dan acara ini dianjurkan setiap tahun di Taiping, Perak.

Festival ini menayangkan filem tempatan serta menganjurkan sesi bicara filem, bengkel, wayang pacak, dan lawatan berpandu, membolehkan penonton menikmati filem Malaysia sambil meneroka Taiping, yang juga dikenali sebagai “Bandar Hujan”.

Sebagai platform budaya filem yang penting, festival ini bukan sahaja mempromosikan Taiping, malah menyediakan ruang untuk pembuat filem berinteraksi dengan penonton, pertukaran idea bersama pembuat filem berpengalaman, meningkatkan kualiti karya, meluaskan peluang kerjasama, serta menggalakkan apresiasi filem dalam kalangan penonton.

Berdasarkan rekod tahun 2025, Pertandingan Filem Pendek Raintown telah menarik minat 103 pencipta, termasuklah pelajar sekolah menengah, pelajar filem, pengarah baru, pembuat filem berpengalaman, malah pesara,

Selain itu, statistik jumlah penonton meningkat daripada 800 orang penonton pada edisi pertama kepada lebih 2000 orang penonton pada edisi kedua.

Sepanjang tiga hari festival, filem yang dirakam di Taiping akan ditayangkan bersama sesi bicara dokumentari mengenai pemindahan SJK (C) Aik Hua Terong, projek yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Panduan Penyertaan:

  •  Tema: Selepas Hujan
  • Genre: Terbuka (Fiksyen / Dokumentari / Animasi / Lain-lain)
  • Durasi: 10 minit atau kurang
  • Bahasa: Terbuka (Sila sertakan sari kata dalam Bahasa Inggeris)
  • Format & Resolusi: H.264 MP4/MOV, 1920×1080 atau lebih tinggi
  • Kewarganegaraan: Terbuka kepada rakyat Malaysia
  • Tarikh Akhir Penyertaan: 14 Jun 2026
  • Penyertaan: https://www.ckmusic.com.my/rff-2026 atau imbas Kod QR pada poster
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi