Diterbitkan pada 6 Januari 2025, 12:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Sungkai – Majlis Kebudayaan Negeri Perak Darul Ridzuan (MKN) berjaya mengadakan Mesyarat Agung ke-22 dan mengetengahkan isu keilmuan, pengalaman dan hala tuju persatuan untuk tahun 2025.

Mesyuarat yang diadakan di luar bandar Ipoh telah menghimpulkan 29 ahli gabungan di FELDA Residence Hot Springs, baru-baru ini.

Timbalan YangDiPertua MKN, iaitu Azmi Ismail memulakan ucapan aluan dengan menyuntik semangat kepada para pewakilan agar menjadikan ilmu dan perkongsian pengalaman sebagai teras dalam bekerja.

Beliau turut menyatakan tentang penyediaan kertas kerja kerana pelbagai pihak bersediakan menyediakan dana dan berkolobrasi menjayakan program yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

En. Azmi Ismail memulakan ucapan aluan kepada ahli gabungan.

“Kejayaan ahli gabungan menerima Geran Bantuan Sokongan Kebudayaan yang disediakan oleh JKKN dan pihak lain wajar dikongsi supaya ahli lain juga dapat berkongsi manfaat“

Beliau yang baru dilantik sebagai Setiausaha Agung Persatuan Gabungan Penulis Malaysia (GAPENA) dan berpengalaman dalam Pengurusan Acara  mengingatkan perwakilan supaya bersedia untuk berubah minda dan tatakelola kewangan persatuan.

Menurut beliau, MKN Perak merupakan antara MKN yang menyediakan dana pengurusan sejumlah RM7000 setahun kepada ahli gabungan.

“Kepada ahli yang tidak bersedia dengan perancangan program akan berhadapan dengan penarikan balik dana tersebut atau dibatalkan keanggotan sebagai ahli gabungan.”

Oleh itu, perancangan yang teliti akan memudahkan urusan penerimaan dana. Selain itu, beliau turut menyentuh isu penjimatan dan penambahbaikan pengurusan yang telah dilakukan.

Usaha ini oleh beliau telah membolehkan peruntukasn RM500,000.00 masih berbaki di penghujung tahun 2024 dan perkara ini diperbahaskan kerana telah berlaku pengurangan peruntukan atas pindaan tertentu.

Pada tahun ini, MKN mensasarkan pelbagai aktiviti kebudayaan akan dijalan dalam memastikan Negeri Perak terus memperkenalkan aspek kebudayaan kepada pengunjung.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi