Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKangar – Pasar Terapung Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis akan dibuka pada waktu malam menjadi tarikan terbaru kepada pengunjung.
Faktor lokasi yang strategik di Kangar, iaitu bersebelahan dengan Denai Larian Pengkalan Asam yang telah menjadi pemangkin kepada Pasar Terapung tersebut.
Selain itu, inisiatif yang dibuat oleh JPS Perlis sebagai penyediaan menghadapi musim panas yang dijangka bermula daripada bulan Januari dan mungkin berlarutan sehingga bulan April atau Mei tahun ini.
Koperasi JPS Perlis (KOPESA) turut memainkan peranan bagi memastikan Pasar Terapung ini sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan terjaminnya keselamatan kepada para pengunjung.
Infrastruktur Pasar Terapung ini juga akan ditambah baik dan dinaik taraf dalam masa terdekat dengan menambah bilangan perahu yang sedia ada bagi mengekalkan identiti Pasar Terapung JPS Perlis.

Antara infrastruktur dan premis niaga yang sedia ada di lokasi tumpuan para pelancong ke negeri ini termasuklah sepuluh unit bot niaga, lima unit khemah niaga, tujuh unit gerai makanan, tujuh kiosk cenderahati, empat buah pulau kecil yang dilengkapi pagar dan ‘artificial carpet grass’ pada permukaan pulau dan Mini Zoo.
Maklumat tersebut dipersembah maklum oleh Pengarah JPS Perlis, Amir Budiman Abdullah kepada Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sewaktu keberangkatan Baginda ke Pasar Terapung tersebut sempena program Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Perlis (MAIPs) Peduli di sekitar Kangar, baru-baru ini.
Idea asal pewujudan Pasar Terapung di Kompleks JPS Kangar ini merupakan daripada Baginda sendiri sebelum direalisasikan oleh JPS.
