Diterbitkan pada 13 Januari 2025, 14:54

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kota Kinabalu – Teater muzikal kanak-kanak, Tanggang yang dipentaskan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah pada 10 hingga 11 Januari 2025 yang lalu telah menyerlahkan bakat kanak-kanak.

Semua pelakon telah mendapat asuhan daripada Kelab Seni Anak Teater Sabah (KATS) dan teater ini diarah oleh Presiden KATS, Encik Alloy Azzaly.

Sebagai pengarah teater muzikal kanak-kanak ini, beliau telah mempamerkan tema ketaatan seorang anak kepada ibunya dalam versi yang lebih segar dan moden.

Semua pelakon dilihat berjaya menjiwai watak masing-masing sehingga mampu membuat penonton terhibur dengan telatah comel dan lucu.

Antara barisan pelakon hebat yang terlibat termasuklah tunjang utama adik Naufal selaku Si Tanggang, adik Audrey Juliet, Sarah Hudson, Marina, Irfan, Haqimie, Aira, Deeka, Saffiyah, Furqan dan Zafran Ziyad.

Muzik iringan juga dialunkan oleh Kumpulan MXM Buskers. Selain itu, turut serta membuat persembahan ialah Kumpulan Patblas Creative yang mementaskan teater fizikal Roshomon Demistified dan Saudara Roslee Mansor yang mementaskan teater monodrama bertajuk Nuraka.

Sebelum pementasan dimulakan, pihak KATS juga berkesempatan menyampaikan Anugerah Khas Tokoh Teater KATS kepada Tuan Maskuji Maturon dan Tuan Abd Karim Gullam.

Turut diraikan saudari Erica Lourders yang turut diangkat sebagai Duta Kanak-Kanak KATS.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi