Diterbitkan pada 17 Februari 2025, 17:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Nerang – Fiesta Wau 2025 pelbagai jenama berlangsung dengan meriah di Kampung Pisang, Padang Terap Kiri, baru-baru ini.

Pengarah pertandingan, Mohd Rizan Romli berkata, pihaknya telah menubuhkan satu Jawatankuasa Komuniti Kampung Pisang bagi menganjurkan Fiesta Wau 2025.

Menurutnya, orang ramai berpeluang melihat pelbagai jenis wau bila ada program seumpama ini, termasuk wau bulan, wau jala, wau merak, wau bercahaya waktu malam dan lain-lain lagi.

Terdapat beberapa kategori telah diperkenalkan dalam program tersebut antaranya wau bercahaya, wau cantik dan wau bebas.

Kategori wau bercahaya dimenangi oleh peserta, Abdul Ghaffar Ghazali (RM150), kedua, Azman Yahya (RM100) dan ketiga, Farish Akmal Mohd Azhar (RM50) sahaja.

Manakala, kategori wau cantik dimenangi oleh Hadif Rifqi Idris, kedua, Muhammad Irfan Zikry Zaulkifli, ketiga, Muhammad Faqif Nakhwat Abdul Wahab.

Seterusnya, kategori wau bebas dimenangi oleh Muhammad Irwan Abdul Wahab, kedua, Firash Amsyar Mohd Azhar dan ketiga, Mohd Shafiq Saad dengan masing-masing menerima hadiah RM300, RM200 dan RM100.

Kategori terakhir, iaitu kategori wau kanak-kanak dimenangi oleh Firash Amsyar Mohd Azhar, kedua, Nabil Fahmi Zaulkifli dan ketiga, Muhammad Faqif Nakhwat Abdul Wahab.

Hadiah kepada semua pemenang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Lembaga Getah Malaysia (LGM), YBhg Datuk Badrol Hashim.

Melalui program tersebut, Seramai 120 orang penduduk dari Kampung Pisang, Padang Nyior, Pong, Banggol Dogol, Tanjung dan Padang Sanai di daerah Padang Terap telah mengambil bahagian.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi