Alor Setar – Matlamat agar lebih banyak penulis yang mampu menghasilkan skrip drama pentas terbaik pada masa hadapan diharap dapat dicapai melalui Bengkel Permurnian Skrip Drama Pentas 2025.
Sebanyak 10 orang peserta terpilih yang terdiri daripada golongan remaja dan dewasa telah menyertai Bengkel Permurnian Skrip Drama Pentas 2025 yang berlangsung di Bilik Kuliah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kedah, Alor Setar baru-baru ini.
Bengkel tersebut dianjurkan oleh Persatuan Teater Alor Setar (PENTAS) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara serta JKKN negeri Kedah.
Bengkel tersebut dibimbing oleh YBrs. Encik Mohd Zulkamal Ismail, iaitu seorang aktivis teater yang lebih dikenali dengan nama pena Joe K.A.S. Beliau juga merupakan Munsyi DBP (Sastera).
Ujar beliau,
Semua peserta telah menunjukkan bakat yang begitu mendalam untuk menghasilkan skrip drama pentas yang terbaik.”
Menurutnya lagi, peserta mampu mencapai kecemerlangan dalam drama pentas jika tidak jemu untuk terus menghasilkan skrip drama pentas yang terbaik.
Terdahulu, Pegawai Perancang Bahasa DBP Wilayah Utara, iaitu Encik Zainal Abidin Mohd Zin berkata, langkah PENTAS untuk menganjurkan bengkel drama pentas dengan kerjasama DBP Wilayah Utara ini amat baik sekali.
Hasil karya peserta akan dikumpul untuk menjadi manuskrip yang lengkap sebelum dibuat penilaian bagi tujuan penerbitan.”
Tambahnya, cita-cita untuk menjadi seorang penulis skrip drama pentas yang terbaik akan dapat dicapai sekiranya peserta berkemahiran dan sentiasa mengambil tahu tentang isu-isu semasa.
Wakil DBP Wilayah Utara, Encik Zainal Abidin Mohd Zin menyampaikan cenderahati kepada pembimbing bengkel, Encik Mohd Zulkamal Ismail (kanan).
Antara peserta yang mengikuti Bengkel Permurnian Skrip Drama Pentas 2025.