Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Majlis Tayangan Perdana dan Sidang Media filem Gayong: Membujur Lalu Melintang Patah telah diadakan di GSC MidValley, baru-baru ini.
Kehadiran beberapa orang pelakon utama seperti Beto Kusyairy memeriahkan lagi majlis.
Memegang watak utama, Beto Kusyairy dalam ucapannya menyatakan rasa syukur kerana dapat terlibat dalam merealisasikan filem yang mengangkat tokoh Mahaguru silat dan berharap agar masyarakat memberikan sokongan terhadap naskhah epik ini.
Selain itu, pelakon seni bela diri terkenal dari Indonesia, Yayan Ruhian yang turut berperanan sebagai pengarah aksi menjelaskan bahawa filem tersebut wajar mendapat sokongan masyarakat kerana mengangkat pencak silat sebagai satu daripada budaya Melayu.
Tambah beliau filem tersebut turut mengangkat kembali nama tokoh besar yang menjadi kebanggaan orang Melayu.
Dalam majlis tayangan perdana turut dihadiri oleh Pengarah, Faisal Ishak; Penerbit Eksekutif, Khairul Anuar Latip dan barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Yayan Ruhian, Nabila Huda dan Syafie Naswip.
Gayong: Membujur Lalu Melintang Patah akan mula ditayangkan di pawagam mulai 8 Mei 2025.
Terdahulu, Gayong merupakan sebuah filem aksi drama dan biografi Malaysia 2025, mengenai kisah pengasas Silat Gayong dari Perak, iaitu Datuk Meor Abdul Rahman.
Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman merupakan pengasas Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia, yang tidak hanya mempertahankan maruah bangsa di gelanggang persilatan, tetapi juga bangkit mempertahankan tanah air ketika negara diancam oleh penjajah.

Bermula era British lewat tahun 1930, beliau telah berhijrah ke Singapura untuk merantau kemudian bekerja sebagai mekanik dalam tentera British – Singapura diikuti penjajahan Jepun dalam masa sama beliau perkembangkan Silat Gayong kepada luar sana meskipun pelbagai cabaran.