Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarang“Ini Lopak Kito” bukan sekadar slogan, bahkan menyiratkan ikatan emosional dan kebersamaan yang menjadi nadi kepada komuniti Negeri Sembilan. Video pelancaran jersi rasmi Negeri Sembilan Football Club (NSFC)) musim 2025–2026 bukan hanya memperkenalkan pakaian untuk bertanding, tetapi memperkukuhkan identiti budaya melalui lambang dan simbol yang disematkan ke dalam reka bentuk serta suasana naratif video itu sendiri.
Negeri Sembilan kaya dengan elemen budaya yang merangkumi tradisi Adat Perpatih, seni bina rumah tradisional bumbung panjang, masakan seperti gulai kuning, permainan tradisional seperti gasing dan dam harimau, serta muzik dan busana unik — semuanya merupakan satu daripada sembilan identiti Negeri Sembilan yang dirangka untuk mempromosikan budaya dan keunikan negeri.

Melalui video tersebut, jersi NSFC secara rasmi menonjolkan simbolik semangat “Ini Lopak Kito,” iaitu menjadi sesebuah kepada identiti — menyampaikan bahawa kelab bukan sekadar pasukan bola, tetapi lambang perjuangan budaya dan masyarakat setempat.
Dalam ungkapan “Ini Lopak Kito,” kata “Kito” (kita dalam loghat Negeri Sembilan) membawa maksud penyatuan dan kebersamaan yang kuat. Resonan dengan nilai Adat Perpatih — sistem kekeluargaan dan sosial yang menekankan persatuan, keturunan matrilineal serta sistem nilai yang diwariskan turun-temurun.
Jersi yang diperkenalkan dalam video ini menjadi lambang material kepada identiti — menyarung semangat komuniti kepada pemain, peminat dan masyarakat Negeri Sembilan keseluruhannya.
Kelab bola sepak tidak berdiri sendiri; masyarakat yang membentuk dan menyokongnya. Melalui persembahan jersi rasmi ini, NSFC bukan hanya menyampaikan identiti sukan, tetapi juga mengembara ke akar budaya — menyentuh aspek muzik, tokoh seni dan warisan sosial.
Budaya dalam video ini wujud bukan hanya sebagai elemen hiasan, tetapi sebagai naratif yang menghubungkan masa lalu, kini, dan masa depan. Selain itu, mencetuskan rasa kebersamaan yang mencorakkan semangat “Kito” agar berkembang menjadi perkara yang nyata — di padang, luar padang dan dalam kehidupan seharian.
Tindakan menjemput tokoh tempatan seperti Dato’ Hattan dalam video juga merupakan medium untuk merangkum unsur emosi dan nostalgia, memperkukuh rasa dan kebanggaan atas warisan seni serta budaya Negeri Sembilan
Video “Ini Lopak Kito” berfungsi sebagai platform budaya yang dinamik. Video tersebut turut menyentuh nilai kebersamaan, identiti dan warisan Negeri Sembilan. Malah, video tersebut lebih daripada sekadar mempromosikan jersi bola sepak, namun merupakan simbol pengukuhan budaya tempatan.
Melalui elemen visual, bahasa dan tokoh tempatan, video ini merayakan warisan sambil memperkuat ikatan komuniti — membawa mesej bahawa NSFC bukan sekadar kelab, tetapi lambang kebanggaan “kito”.
