Diterbitkan pada 1 September 2025, 12:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Petaling Jaya – Plus Malaysia Berhad (PLUS) dengan kerjasama Tourism Malaysia menganjurkan pertandingan “Teroka Malaysia Bersama PLUS” bersempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Untuk menyertai peraduan tersebut, peserta perlu menghasilkan video kreatif berdurasi satu minit menerusi platform Tiktok.

Dalam video tersebut, peserta perlu mempromosikan lokasi tarikan pelancong, gerai makanan, warisan tempatan atau bangunan bersejarah sepanjang rangkaian lebuh raya PLUS yang menggambarkan erti sebenar Merdeka dalam Bahasa Malaysia.

Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi PLUS dan menggunakan fungsi PLUS Passport. Peraduan ini berlangsung sehingga 16 September 2025.

Para peserta juga perlu sertakan tag @PLUS_Malaysia dan @malaysia.truly.asia selain tanda pagar (hashtag) #TerokaMalaysiaBersamaPLUS #Hari Kebangsaan #CutiCutiMalaysia.

Syarat lain yang diperlukan untuk menyertai pertandingan tersebut ialah peserta perlu mengumpulkan jarak perjalanan minimum 100 kilometer (KM) di mana-mana lebuh raya  kendalian PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dalam tempoh peraduan.

Bakal pemenang akan memenangi hadiah istimewa dengan nilai keseluruhan sehingga RM15,000 seperti Canon G7x Mark II, DJI Osmo Pocket 3, Insta360 Go 3S dan 10 hadiah sagu hati berupa kredit eWallet Touch ’n Go bernilai RM200 setiap satu.

Untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut, peserta boleh merujuk kepada terma dan syarat di laman web PLUS www.plus.com.my.

Selain itu, dalam menyemai semangat patriotisme dalam kalangan pengguna lebuh raya, PLUS turut menghiaskan beberapa kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah mengikut tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni.”

Pengguna boleh mengambil peluang untuk bergambar dengan hiasan yang kreatif di R&R dan hentian sebelah terpilih sehingga 16 September 2025.

Malah, terdapat empat kawasan, iaitu di kawasan R&R Unilink Damansara, Setia Warisan Subang dan Restoran Jejantas USJ yang memparkan paparan mesej sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dalam bentuk digital.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi