Diterbitkan pada 18 Oktober 2025, 21:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kota Kinabalu – Kumpulan Sinar Budaya muncul johan bagi Pertandingan Lagu Puisi MADANI sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Negeri Sabah yang diadakan baru-baru ini.

Kemenangan ini melayakkan Kumpulan Sinar Budaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.00 serta sijil penghargaan dan menerima Anugerah Lirik Terbaik menerusi lagu berjudul “Sepohon Bangsa Malaysia MADANI” dengan hadiah tambahan sebanyak RM300.00.

Kumpulan Sinar Budaya menerima Anugerah Lirik Terbaik menerusi lagu berjudul Sepohon Bangsa Malaysia MADANI.

Naib johan pula disandang oleh Kumpulan Seninandi yang menerima hadiah wang tunai berjumlah RM2,000.00 dan sijil penghargaan, selain turut menerima Anugerah Lagu Terbaik menerusi lagu bertajuk Darah, Air Mata Anak Palestin yang melayakkan mereka memperoleh hadiah tambahan sebanyak RM300.00.

Naib Johan menjadi milik Kumpulan Serinandi.

Sementara itu, tempat ketiga menjadi milik Kumpulan Nadi Alam yang membawa pulang hadiah berjumlah RM1,500.00. Tempat keempat dimenangi oleh Kumpulan Fatamorgana yang menerima wang tunai RM1,000.00 dan juga penerima Anugerah Persembahan Terbaik yang melayakkan mereka menerima wang tunai sebanyak  RM300.00

Tempat ketiga disandang oleh Kumpulan Nadi Alam.

Selain Pertandingan Lagu Puisi, turut diadakan Pertandingan Ayuh, Ulas dan Pulas yang memperlihatkan Kumpulan Cenderalela dinobatkan sebagai johan dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500.00 berserta sijil penghargaan.

Kumpulan Bunga Melati pula meraih naib johan dengan hadiah wang tunai RM1,000.00 serta sijil penghargaan, manakala tempat ketiga milik Kumpulan Wira Bahasa yang membawa pulang wang tunai RM700.00 berserta sijil penghargaan.

Selain hadiah utama, anugerah khas turut disampaikan dalam majlis tersebut apabila Anugerah Terampil Bahasa diberikan kepada Jay Ezal bin Jainal dari Sekolah Menengah (SMK) Putatan dan Nur Hanis Ezzati binti Mohd Shukor dari SMK Majakir.

Anugerah Terampil Bahasa menjadi milik  Jay Ezal bin Jainal dari Sekolah Menengah (SMK) Putatan dan Nur Hanis Ezzati binti Mohd Shukor dari SMK Majakir.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Yang Berhormat (YB) Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M. Yahya dalam Majlis Perasmian Penutup Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2025 pada 16 Oktober 2025.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi