Diterbitkan pada 29 Disember 2025, 10:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengundang kumpulan teater tempatan untuk mengambil bahagian dalam tiga festival teater antarabangsa yang akan berlangsung pada tahun 2026.

Ketiga-tiga festival tersebut menawarkan peluang kepada para penggiat seni persembahan tanah air untuk mempamerkan bakat mereka pada peringkat dunia sambil menjalinkan hubungan dengan artis lain dari seluruh pelosok dunia.

Festival pertama ialah Festival Teater Antarabangsa Balkan Negara ke-13 yang bakal diadakan di Bursa, Turkiye pada 3 – 12 April 2026. Festival ini mengalu-alukan penyertaan daripada kumpulan teater yang berminat. Tarikh tutup permohonan ditetapkan pada 10 Januari 2026.

Festival Teater Antarabangsa Adana ke-25 pula akan berlangsung dari 27 Mac hingga 11 April 2026 di Adana, Turkiye. Kumpulan teater tempatan yang ingin menyertai festival ini perlu menghantar permohonan sebelum 25 Januari 2026.

Festival ketiga ialah Festival Kebudayaan dan Kesenian Jerash yang akan diadakan di Bandar Purba Jerash, Jordan dari 22 Julai hingga 2 Ogos 2026.

Antara syarat penyertaan termasuklah jumlah peserta tidak melebihi 15 orang, persembahan hendaklah dijalankan selama tiga hari, dan tema persembahan mestilah berteraskan cerita rakyat. Tarikh tutup permohonan untuk festival ini ialah 30 Januari 2026.

Kumpulan teater yang berminat boleh menghubungi pihak penganjur melalui maklumat yang disediakan.

Permohonan juga perlu dihantar ke Bahagian Hubungan Antarabangsa Kebudayaan di MOTAC yang terletak di Aras 10, No. 2, Menara 1, Jalan P5/6, Presint 5, Putrajaya. Untuk maklumat lanjut, para wakil kumpulan boleh menghubungi talian 03-8000 8000 atau menghantar faks ke 03-8891 7049.

 

Kredit Foto: Facebook MOTAC
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi