Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026, pelukis Noor ‘Aishah Abdul Rahman atau turut dikenali sebagai Noura AR tampil dengan pameran solo autobiografi bertajuk HIKAYAT di Harta Space, Ampang pada 3 hingga 31 Mac depan.
Menurut Noura, pameran yang diadakan bakal mengetengahkan perjalanan seni dan pengalaman peribadinya yang diterjemahkan melalui permainan simbol, warna dan naratif visual yang penuh makna.
Beliau menjelaskan lagi bahawa HIKAYAT membawa pengunjung menelusuri kisah-kisah yang diungkapkan bak karya klasik Seribu Satu Malam yang sarat dengan percikan emosi dan rona yang mempersona.

“Pameran ini bukan sahaja memaparkan peranan dan suara saya dalam dunia seni, tetapi turut menjadi wadah apresiasi terhadap kekuatan, keindahan dan ketahanan jiwa yang dizahirkan melalui karya visual.” Ujar Noura yang juga terkenal dengan kumpulan puisinya bertajuk Puisi Larut Malam.