Diterbitkan pada 27 Februari 2026, 09:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kompleks Kraf Kuala Lumpur akan menganjurkan Pertandingan Anyaman Ketupat Terbanyak pada 11 Mac 2026 (Rabu), bermula pukul 11.00 pagi bertempat di lokasi tersebut.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan hanya boleh disertai secara individu. Setiap peserta hanya dibenarkan membuat satu penyertaan sahaja.
Peserta akan diberikan masa selama 45 minit untuk menganyam ketupat sebanyak mungkin.

Bahan anyaman akan disediakan oleh pihak penganjur, namun peserta dibenarkan membawa gunting atau peralatan asas lain yang tidak membahayakan. Penggunaan bahan siap anyam atau ketupat yang sudah separuh siap tidak dibenarkan sama sekali.

Semua ketupat yang dihasilkan mestilah jenis ketupat biasa atau ketupat nasi, dan perlu kukuh, lengkap, tidak koyak atau longgar, serta mengikut bentuk standard. Ketupat wajib dihasilkan terus di lokasi pertandingan.

Penilaian akan dibuat berdasarkan tiga kriteria utama, iaitu bilangan ketupat terbanyak dalam masa yang ditetapkan, kualiti anyaman dari segi kemas dan rapi, serta konsistensi saiz ketupat yang dihasilkan.

Pemenang tempat pertama akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200, diikuti RM150 untuk tempat kedua dan RM100 untuk tempat ketiga. Selain itu, lima pemenang sagu hati turut akan menerima RM50 setiap seorang.

Pertandingan ini merupakan sebahagian daripada usaha Kompleks Kraf Kuala Lumpur dalam usaha melestarikan warisan kraf tangan tradisional Malaysia, khususnya menjelang musim perayaan.

Kredit Foto: Facebook Kompleks Kraf KL
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi